Search This Blog

Thursday, February 19, 2009

UCAPAN DR.MAHATHIR DI PARLIMEN PADA 18.1.1993

Amin Iskandar@Black

Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR

Tarikh : 18-01-1993

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.
Tuan Yang di-Pertua,

8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya — iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.

11. Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru- baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan.Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.

12. Oleh kerana Raja-Raja Melayu di zaman kolonial telah mematuhi nasihat, maka dipercayai bahawa masalah Raja bertindak di luar undang-undang tidak akan berlaku.

13. Penggubal undang-undang dan pengasas pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka juga percaya peruntukan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mahkamah hanyalah sebagai petanda kemuliaan Raja dan bukan sebagai hak untuk melakukan jenayah. Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah. Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan. Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.

14. Dalam usaha menentang Malayan Union dan mengembalikan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kepada `status quo ante` iaitu keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat telah memainkan peranan yang penting walaupun tidak diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah jelas kepada rakyat pada masa itu bahawa Raja tanpa sokongan rakyat mudah dikuasai oleh pihak penjajah dan pihak-pihak lain. Justeru itu, rakyat perlu diberi hak dalam politik dan pentadbiran negara. Peranan rakyat mestilah ditentukan oleh undang- undang.
15. Memandangkan hakikat ini dan sekali lagi dengan mengambil contoh dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka memilih sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat akan melantik wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggubal utama undang-undang dan dasar-dasar negara. Ini menentukan rakyat boleh memainkan peranan mereka dengan tertib dan tersusun.

16. Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh Raja.Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana Raja tidak mungkin menolak nasihat Jemaah Menteri. Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak Raja boleh menolak nasihat Kerajaan.

17. Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat Kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti Demokrasi Berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja.

18. Walaupun wakil rakyat bebas bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri mengenai apa juga tajuk, tetapi mereka tidak boleh menyentuh diri Raja-Raja kerana sebarang kritikan atau teguran terhadap Raja boleh ditakrif sebagai hasutan dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Peruntukan ini adalah hasil pindaan yang dibuat pada tahun 1971. Sebelum ini, teguran terhadap Raja boleh dibuat di dalam dewan. Di Britain dan di negara-negara lain, ahli-ahli Parlimen bebas menegur atau mengkritik Raja.Adalah jelas bahawa menegur dan mengkritik Raja tidak menghapus kedaulatan Raja.

19. Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini.

20. Dengan kemungkinan Raja menolak nasihat serta bebas daripada teguran dan sebarang tindakan keadilan, maka Raja sebenarnya bukan Raja Berperlembagaan lagi tetapi menjadi Raja mutlak. Sekali lagi Demokrasi Berparlimen tidak wujud kerana tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Raja yang tidak menerima nasihat Kerajaan rakyat dan melakukan kesalahan.

21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

22. Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan- keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.

23. Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

24. Peruntukan-peruntukan ini tidak menjadi masalah jika tidak ada tentangan pendapat di antara Raja-Raja dengan Dewan-Dewan Undangan, atau tidak ada perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Raja-Raja, atau tidak ada adat Melayu yang tidak suka memburukkan hubungan dengan Raja-Raja.Malangnya oleh kerana Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang enggan bermasam muka dengan Raja, maka apabila Raja membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, tidak ada teguran yang berkesan yang dibuat. Jika ada pun, keengganan Raja mengambil berat akan teguran penasihat-penasihat rasmi ini tidak mendatangkan apa-apa tindakan kepada Raja.

25. Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.
26. Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.

27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.

28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar- benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi- fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.

29. Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal — satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri — `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.

30. Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.

31. Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.

32. Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.

33. Tetapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitu- tional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi En- gland peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.

34. Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty can- not sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.

35. Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankantugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.

36. Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi.Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.

37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capac- ity`.

38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

39. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.

41. Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor. Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup. Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.

42. Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

43. Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

44. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.

45. Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu.Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan. Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja. Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.

46. Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka. Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

47. Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

48. Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

49. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada tahun 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru- baru ini oleh penulis.
50. Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not ar- rived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`.

51. Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini?

52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

53. Di Malaysia lindungan yang diberi amatlah tebal.Kekebalan Raja daripada undang-undang dan larangan terhadap teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, mengasingkan Raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini perbuatan dan tingkah-laku Raja akan menjadi lebih buruk sepanjang masa. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang.

54. Justeru itu, adalah penting Ahli-Ahli Dewan diberi semula hak menegur Raja dalam perbahasan mereka. Tanpa hak ini Ahli-Ahli Dewan tidak akan berjaya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan tidak akan dapat membuktikan bahawa rakyatlah yang berkuasa dalam sistem ini. Tanpa hak ini, yang berkuasa ialah Raja dan bukan rakyat.
55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.

Tuan Yang di-Pertua,

56. Perkara yang kedua yang boleh menidakkan penghapusan kekebalan Raja-Raja apabila melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dalam suatu urusan yang tidak rasmi ialah hak pengampunan Raja seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 42. Dengan peruntukan ini, Raja boleh mengampunkan dirinya sendiri jika ia dihukum salah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik.Ini bermakna penarikan kekebalan tidak bermakna dan tidak berkesan.

57. Justeru itu, Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda - (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut: “(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,”.Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut: “(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini - (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja”.

58. Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.

59. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.
60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.

61. Pemansuhan sekatan yang dikenakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh Akta Hasutan akan mengelakkan Raja-Raja daripada melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menarik teguran ahli-ahli dewan-dewan berkenaan.

62. Pemansuhan kuasa mengampun diri sendiri akan menjadikan tindakan undang-undang lebih berkesan.

63. Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.

64. Harus diingat bahawa penghormatan rakyat terhadap Raja tidak boleh ditentukan oleh undang-undang. Dengan izin, `Respect must be earned`. Mengadakan undang-undang yang menakutkan rakyat tidak akan membawa `respect`. Dengan kesedaran Raja boleh dihadapkan ke mahkamah, Raja tentu akan mengelak daripada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan rakyat tidak menghormati Raja. Dengan itu, Institusi Beraja akan lebih dihormati dan lebih berkekalan.

65. Bagi menguatkan usaha mengekalkan Raja dan Sistem Beraja, sebarang syor atau desakan menghapuskan SistemBeraja adalah ditafsirkan sebagai hasutan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tuan Yang di-Pertua,

66. Saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit- sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

67. Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, Kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya keadaan menjadi lebih buruk.

68. Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

69. Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

70. Insiden di Johor hanyalah dengan izin, `the straw that broke the camel`s back`. Reaksi rakyat terhadap insiden- insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan `tolerate` perbuatan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua,

71. Memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa Kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.

72. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan.Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja.

Tuan Yang di-Pertua,

73. Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja-Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik semata-mata.Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai.

74. Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua,

75. Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.

76. Percubaan pihak yang cuba menakutkan orang Melayu terhadap pindaan ini adalah kerana mereka ingin menggunakan sentimen kaum untuk kepentingan parti mereka. Sejarah mereka tidak boleh meyakinkan kita bahawa mereka ikhlas.Mereka inilah yang telah cuba melemahkan orang Melayu dengan memecahbelahkan UMNO dan mengadakan kerjasama dengan pihak- pihak tertentu yang diragui oleh orang Melayu.

77. Apakah hanya dengan menghalang Raja daripada melakukan jenayah maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi 33 Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, `Droit du seigneur` (right of the Lord) atau Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru.

78. Tetapi di Barat pun semua hak ini telah dihapuskan.Sebab itu di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja, tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika ada pun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah, dan ia akan diturunkan dari takhtanya. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

79. Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal atau im- mune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang- undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.

Tuan Yang di-Pertua,

80. Di zaman British, Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan atau diturunkan daritakhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani Perjanjian tersebut.

81. Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja- Raja dan Sistem Beraja.

82. Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.

Tuan Yang di-Pertua,

83. Seorang Raja telah menyoal kenapakah pindaan Perlembagaan ini dikaitkan dengan agama Islam sedangkan Kerajaan ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang- undang syarak dan hudud. Menurut Baginda, Baginda sedia menerima hukum-hukum Islam tanpa immuniti tetapi tidak sanggup menerima undang-undang negara yang dikatakan bukan undang-undang Islam.
84. Sama ada direstui atau tidak oleh Baginda, kedudukan Raja-Raja Melayu semenjak merdeka ditentukan oleh undang- undang, iaitu Perlembagaan. Undang-undang inilah juga yang memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada Raja. Di antara keistimewaan ini ialah immuniti daripada tindakan undang-undang. Jika Raja sanggup menerima immuniti di bawah undang-undang yang bukan undang-undang Islam, kenapakah penghapusan immuniti dalam undang-undang yang sama tidak mahu diterima oleh Raja?

85. Dalam Islam ada dua prinsip yang dipegang kuat berkenaan dengan undang-undang. Yang pertamanya ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Raja dan rakyat adalah sama sahaja.Immuniti bagi Raja adalah bertentangan dengan prinsip ini.Menolak penghapusan immuniti supaya dikekalkan perbezaan antara Raja dan rakyat dalam undang-undang tidak mencerminkan pegangan yang kuat kepada prinsip Islam.

86. Menerima immuniti daripada undang-undang yang dikatakan bukan undang-undang Islam, tetapi menolak penghapusan immuniti ini dalam undang-undang yang sama amatlah bercanggah dengan dakwaan hanya sanggup menerima undang- undang Islam sahaja.
87. Islam memberi banyak kelonggaran. Islam mengambilkira segala faktor dan keadaan yang dihadapi oleh umatnya.Demikian dalam menunaikan ibadat pun keadaan alam sekeliling, kesihatan individu dan keadaan semasa diambilkira. Oleh itu, sembahyang boleh dilakukan tanpa gerak badan tertentu, tanpa menghadapi kiblat, didahulukan, dikemudiankan atau dicantumkan, berjemaah atau berseorangan.Rakyat Palestin yang dihalau keluar oleh Pemerintahan Zionis boleh sembahyang tanpa menanggalkan kasut. Dalam ibadat- ibadat lain kelonggaran juga diberikan. Demikian juga dengan penguatkuasaan hukum hudud. Keadaan alam sekeliling dan masyarakat perlu diambilkira. Sebab itu tidak banyak negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam yang melaksanakan hukum hudud. Yang melaksanakannya pun tidak melaksanakan dengan sepenuhnya.

88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang. Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam. Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri. Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.
89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?

90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat. Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.

Tuan Yang di-Pertua,

91. Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai masalah menasihati Raja. Seperti yang telah saya sebutkan, Raja dikehendaki menerima nasihat Kerajaan. Di negara-negara lain di mana Sistem Beraja masih wujud walaupun tidak ada peruntukan khusus bahawa Raja bertindak mengikut nasihatKerajaan, namun Raja tidak pernah bertindak bertentangan dengan nasihat Kerajaan. Oleh itu, perhubungan di antara Raja dengan Kerajaan yang mewakili rakyat tetap baik. Lebih daripada itu, di negara-negara ini Raja dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.
92. Malangnya, di Malaysia walaupun ada peruntukan bahawa Raja harus bertindak mengikut nasihat Kerajaan, tetapi pihak Raja memegang kepada tafsiran nasihat yang diterima umum — iaitu nasihat boleh diterima atau ditolak. Tafsiran ini adalah salah. Dalam pada itu, ada pula perkara tertentu yang Raja menganggap ianya tidak perlu diberi nasihat.Dengan ini banyaklah perkara yang dilakukan yang bertentangan dengan Kerajaan yang mewakili rakyat.
93. Masalah yang dihadapi hari ini berpunca daripada pendapat bahawa Raja boleh membelakangkan Kerajaan rakyat.Tindakan curang yang berlaku adalah kerana nasihat tidak dihiraukan. Tidak adanya persetujuan terhadap pindaan ini juga berpunca daripada keengganan Raja menerima nasihat.

94. Jika ini berterusan, maka Kerajaan Demokrasi Berparlimen tidak dapat wujud sepenuhnya dan sebenarnya.Inilah sebabnya Kerajaan membawa pindaan ini kepada Dewan.Jika proses ini dipertikaikan, maka keputusan boleh dibuat oleh mahkamah. Sebagai Kerajaan yang berpegang teguh kepada, dengan izin `rule of law` kita akan patuh kepada keputusan mahkamah. Di masa yang sama, perkara ini tidak harus dilihat daripada sudut undang-undang sahaja. Ia perlu dilihat daripada sudut politik juga.

95. Di waktu Raja menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British, rakyat mengambil tindakan politik untuk mendapatkan balik negeri-negeri Melayu dan mengekalkan Institusi Raja.Walaupun daripada segi undang-undang rakyat tidak berhak kerana semua perjanjian dibuat antara British dan Raja sahaja, pihak British menghormati tindakan politik rakyat.
96. Saya berharap Raja-Raja Melayu juga akan mengambil iktibar daripada sejarah negara, khususnya sejarah Malayan Union dan menerima kehendak politik negara. Walaupun tanda- tanda menunjukkan bahawa Raja-Raja tidak menerima pindaan ini, saya berharap selepas pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Raja-Raja Melayu akan menerima dan meluluskan undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.

Thursday, February 12, 2009

200 YEARS ON, LINCOLN MESMERIZES THE NATION



As Washington marks anniversary, even tiniest relics command reverence by Micheal E.Ruane



WASHINGTON - His bloodstained clothes, stovepipe hats and goatskin boots have been saved. The bed and mattress on which he died have been kept, along with the things in his pockets the night he was slain, and the dime-size bullet that killed him.

After he expired, his body was transported across the country so people could see him one last time. Then, decades later, he was exhumed, and his coffin was cut open to make sure he was really there.


As Washington prepares to mark the 200th anniversary of his birth Thursday, Abraham Lincoln is venerated as a national saint -- part man, part myth.


The remaining bits of him, locks of hair and pieces of bone among them, are sacred. Things he said or wrote are cherished. But he's still a mystery. "He's approachable and unreachable at the same time," said historian Harold Holzer. Lincoln said he detested slavery but would maintain it to save the Union. He spoke often of religion yet never joined a church. At the peak of his prestige, he was silenced by assassination.


"He compels us to learn more, but there's always something we're not going to get," Holzer said.
It is all part of the country's unique obsession with the martyred president who is perceived, historians say, as the epitome of an American: Born of the wilderness, near Hodgenville, Ky., and self-schooled by candlelight. He grew to be the savior of the Union, the foe of slavery and then was sacrificed on Good Friday night of 1865.


Physical traces On Thursday, ceremonies marking Lincoln's birthday will be held at his memorial on the Mall. Ford's Theatre, where he was shot by actor John Wilkes Booth on April 14, 1865, will stage a gala public reopening after a multimillion-dollar renovation. And Congress will salute him in the Capitol Rotunda, where his body once lay in state on a pine board bier, which we have also saved for 144 years. Even now, almost two centuries after his birth, physical traces of him are everywhere.


The Chicago Museum of History maintains a Lincoln Relics Registry that includes a comb, bed and the two half-dollars said to have been placed over his eyes after he died.
Louise Taper, the renowned California Lincoln collector, recently sold part of her holdings for an estimated $20 million to the Abraham Lincoln Presidential Library & Museum, in Springfield, Ill. "I still have tons more," she said. "There's something magic about him."
"I'm obsessed," she said, noting that she once owned one of his stovepipe hats and his bloodstained gloves from Ford's Theatre. "I have a Lincoln sculpture garden. I'm totally hooked."


Such is Lincoln's grip on the country that the Abraham Lincoln Bicentennial Commission estimates that 16,000 books have been written about him since 1865.


Even President Obama has been touched: He used the Lincoln Bible at his inauguration last month and had replicated part of Lincoln's pre-inaugural train journey to Washington.
"We identify with -- and grasp at -- the story of redemptive opportunity," Holzer said. "The crystallization of the American dream is what makes it so attractive."


Flaws in the sagaThere are, for sure, flaws in the saga, he said. Some critics have argued that the war, and all its expense and carnage, might have been avoided. Others criticize Lincoln's Emancipation Proclamation, which declared only a portion of the country's slaves free, and there are those who say he went too far in suppressing dissent in the North.


But all the critiques, Holzer said, "have yielded to this essential story of possibility."
Frank J. Williams, the recently retired chief justice of the Supreme Court of Rhode Island who also has a vast collection of Lincolniana, said, "We want to think that he's a reflection of ourselves and the best that we can be."


Lincoln also embodies what Williams called the American "right to rise" -- the idea that "if you wanted to be someone, you could be," he said.


Two hundred years after his birth, almost a century and half after his death and 26 presidents since his assassination, none has been his equal.


He was "absolutely" the country's greatest president, Holzer said, "and that's validated in every poll of professional historians and ordinary Americans. He had the hardest job of all and did it triumphantly."


Yet he is a curious-looking hero. He stood 6-foot-3 inches tall (or 6-4, depending on whom you ask). He had a shock of thick, dark hair, a big nose, huge ears and a cheek blemish, and he grew a beard after a little girl wrote that it might make him look better.


"There was something very unusual about him, about his physiognomy, about his body constitution," said Marc S. Micozzi, former director of the National Museum of Health and Medicine in the District, which displays pieces of Lincoln's skull, his hair and the ball fired from Booth's single-shot derringer.


In the 1990s, scientists debated the possibility of extracting DNA from Lincoln's remains to see whether he had Marfan syndrome, a genetic disorder that could account for his lanky physical appearance. The project faced technical, political and ethical obstacles and was shelved.
But last year, a California cardiologist, John G. Sotos, published a lengthy book suggesting that Lincoln might have had a more serious genetic disorder, MEN 2B. It might have accounted for his looks and even been killing him.


Sotos said that although "interrogating" Lincoln's DNA still remains some distance off, the concept is potentially crucial.


"If a historian found a letter that Abraham Lincoln wrote which said, by some miracle, 'I have been diagnosed by the doctor today as having MEN 2B and . . . wish this fact never to be known' . . . the historian would absolutely publish it," Sotos said. "Does it matter if that letter is written in English or in nucleic acid?"


Such curiosity is not new.


Grave robbersOn Sept. 26, 1901, a boy named Fleetwood Lindley was summoned from school by his father to see Lincoln. The president had, of course, been dead for three decades. But his coffin had been dug up and moved multiple times over the years, more times than any other president's, according to historian Thomas J. Craughwell.


In 1876, it had nearly been stolen by grave robbers who wanted to hold it for ransom. The crooks had sawed open the massive white marble sarcophagus and dragged the 500-pound cedar and lead coffin part way out before being foiled by authorities, Craughwell said. The coffin was moved among several different hiding places around the tomb over succeeding years, at one point under a pile of lumber. After a 14-month reconstruction of the tomb, it was moved one last time.


At the behest of Lincoln's son, Robert, the president was going to be placed in a massive underground vault lined with a steel cage and encased in concrete so he could never be disturbed again.


But before this happened, the officials hesitated. Robert was not present. Partly haunted by the attempted grave-robbing and partly wanting a farewell look, the locals decided to see whether Lincoln was really in the coffin, Craughwell said.


Joseph P. Lindley, one of the tomb's unofficial guardians, sent for his 13-year-old son, who hurried from school on his bicycle.


Shortly before noon, according to an old account, two plumbers cut an oblong opening in the coffin, and Fleetwood Lindley and 22 others gazed on Abraham Lincoln's face.
All said it was unmistakably him. The shock of hair, the blemish, the whiskers. He was real.
Three days before he died in 1963, Fleetwood Lindley, then 75, recalled the moment to a reporter from Life magazine.


"I was not scared at the time," he said. "But I slept with Lincoln for the next six months."

ANWAR'S THE ONE

by Magic River

In the aftermath of Najib's underhanded overthrow of the Pakatan state government in Perak, many debates have been raging as to whether Karpal Singh was justified in demanding that Anwar Ibrahim step down as leader of the Pakatan Rakyat. Anwar has hordes of vociferous detractors, all of whom claim to know things about Anwar the public doesn't - and yet they obstinately refuse to divulge what terrible secrets they're privy to that would instant disqualify Anwar Ibrahim as our next Prime Minister, if the information were made public.Well, unless Chandra Muzaffar, Anas Zubedy, KTemoc, Ghani Ismail and other "anti-Anwaristas" come up with irrefutable evidence that Anwar Ibrahim has ordered out-of-favor mistresses to be cruelly murdered, or has billions stashed away in the Bank of Israel under Paul Wolfovitz's name, or is in truth a Singaporean covert operative assigned to oversee the systematic dismantling of Ketuanan Melayu and the NEP... I'm going to stick with Anwar as our first and most obvious option for PM for the following reasons:

1) He has the most experience in government (not just in politics); and while some might say that being the Sorcerer's Apprentice for 16 years is reason enough to disqualify anyone, I'd say his overt rebellion against the Evil Sorcerer has redeemed him in my eyes;

2) Anyone who has read the Tao Te Ching, The Bible, Bhagavad Gita, Rabindranath Tagore, Kahlil Gibran, the Complete Works of Shakespeare (5 times from cover to cover, I hear) and who can articulate a coherent thought on his feet is worth negotiating with;

3) Anwar has been consistent in voicing his concern for humble folk since his student days, except for a few years when he was rising up the ranks of Umno and he consciously groomed himself to become a self-confident global statesman by joining a riding club (at least he avoided golf, which would have revealed an utter lack of originality :-);

4) It's an asset to be able to communicate easily with the humblest as well as the most lofty segments of society - and Anwar has that gift firmly in his grasp;

5) Having been at the receiving end of Mahathir's gross abuse of repressive laws and misuse of the police force against all political threats, Anwar is unlikely to succumb to the temptation to be just another tinpot despot;

6) Anwar has fulfilled, in my book, all the identifying marks of a culture hero (pity not many have the required mythological understanding to perceive these criteria as significant and valid, but I personally live by these ancient codes and, just as an example: every mythic redeemer/messiah must undergo battle with his or her own deep unconscious, experience ego death and be resurrected on an elevated plane the way Gandalf the Grey fought the Balrog, died and was reborn as Gandalf the White);

7) Anwar's intelligence is not rigid but adaptable and flexible; the man isn't bound by dogmatic beliefs and principles (hence his being stupidly labeled a chameleon and manipulator - well, chameleons are NOT inherently "evil," just well adapted to survival!). His effortless charisma and oratorical prowess are a distinct advantage, so long as political leaders depend on speechifying to attract a following.

8) Anyone who has ever met Wan Azizah Wan Ismail or Nurul Izzah Anwar will understand why I say these two feisty women may ultimately be Anwar's greatest assets. When he was abducted by balaclava-clad police from his own house on 20 September 1998, beaten up by Police Inspector-General Rahim Noor, subjected to the ugliest mock trial in memory presided over by that despicable wormtongue Augustine Paul, and then thrown in prison for six years... his wife and daughter were thrust into the limelight and both blossomed into inspiring political warriors in their own right. I've said it before and I'll say it again: Anwar will forever be grateful for the support and strength of these women in his life - and because of that he will always have a healthy respect for the Sacred Feminine.

OTHER NON-UMNO PRIME MINISTERIAL CANDIDATES

Zaid Ibrahim seems like a brilliant, affable person who doesn't need to be in politics but simply can't stay away and I certainly appreciate and admire what he has done by quitting Umno over his disapproval of Hamid Albar's misuse of the ISA. But that's about all I know of the man. Before I can endorse Zaid as PM material I shall have to track his actions a bit more. Anwar I have tracked since 2 Sept 1998 - and in my eyes Anwar Ibrahim's response to political calamity and crisis has been impeccable and impressive. Even while suffering the iniquity of wrongful imprisonment and a painful spinal disorder, Anwar kept a cool head, a forgiving heart, and maintained his dignity like a true king.

Nizar Jamaluddin is the man of the hour, having proved his mettle as Mentri Besar of Perak under duress. So obvious are the man's winning qualities, his being a PAS member seems totally irrelevant - although some may express a wee bit of anxiety that Nizar may prove a tad conservative in certain areas (for example, Nizar made a gaffe when he proposed that HIV-positive citizens be quarantined and received a fair bit of flak from NGOs and the public; however, to his credit, Nizar immediately apologized for not knowing enough about the issue and graciously withdrew his remarks).

Raja Petra Kamarudin has been nominated as potential PM by countless readers of Malaysia Today. Recently, there was even a suggestion that RPK inaugurate his own political party, independent of but aligned with Pakatan Rakyat. No doubt the man commands a massive following of admirers who appreciate his sticking his neck out for truth, justice and freedom. However, it appears to me that RPK is so accustomed to playing the role of maverick he would feel completely claustrophobic in public office, because he would no longer be free to express his feelings off-the-cuff as he is so good at doing. Personally, I feel RPK would be just the man to appoint as Special Adjudicator of the IPCMC, charged with the onerous task of cleaning up the PDRM. It would be a form of national service for him, from which he can be released after he's finished the job, which ought to take him no more than two years.

Wednesday, February 11, 2009

MENANG SECUPAK RUGI SEGANTANG

oleh Zulkefli Sulong

FEB 6 — Ketika para pemimpin Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Najib Razak berkonvoi ke Istana Bukit Chandan di Kuala Kangsar, polis melepaskan berpuluh-puluh das tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka yang berkumpul di perkarangan masjid Ubudiah.

Kesannya, orang ramai lari bertempiaran setelah gas pemedih mata berkepul-kepul asapnya di sekitar masjid Ubudiah yang. Kebanyakan mereka lari dan berlindung di dalam masjid yang terkenal itu.

Ada antara mereka melawan kembali dengan membalingkan botol air mineral dan batu ke arah polis. Mereka yang dikejar lari bertempiaran tetapi selepas itu mereka berkumpul kembali.
Sambil mengawal penunjuk perasaan, polis juga terpaksa mengawal lalulintas bagi membolehkan konvoi Najib melepasi beribu-ribu kenderaan yang berada di atas jalan raya menuju istana.
Inilah kesannya apabila keputusan kontroversi dibuat untuk menobatkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, bekas tahanan ISA bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baru kerajaan negeri Perak.

Keputusan ini dikatakan kontroversi kerana Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin masih ada disitu. Walaupun diperintahkan meletakkan jawatan bersama para Exconya, beliau memohon derhaka iaitu menolak titah Sultan Perak itu.
Dia berbuat demikian kerana merasakan dia tidak berhak dipecat sebegitu rupa. Inilah juga keputusan semua pemimpin beliau dari Pakatan Rakyat. Bagi Nizar, dia boleh meletakkan jawatan tetapi biarlah melalui undang-undang yang jelas bukan pakai titah begitu sahaja.
Menurut Tun Mohamad Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, jalan yang betul untuk menabalkan menteri besar baru adalah dengan menjatuhkan dulu menteri besar yang ada melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Setelah jatuh dan kumpulan yang baru mendapat undi percaya barulah dia sah untuk mendapat perkenan Sultan dan dilantik sebagai menteri besar.

Pandangan Tun Salleh sentiasa begitu walaupun ketika ura-ura Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengambil alih kerajaan Pusat 16 September lalu. Atas dasar pandangan inilah, Anwar dan pimpinan Pakatan beberapa kali meminta Abdullah mengadakan sidang Parlimen ketika itu.

Pandangan beliau berbeza dengan Profesor Dr Aziz Bari dari UIA yang mengatakan cukup dengan Yang Dipertuan Agung atau sultan berpuashati bahawa kumpulan berkenaan mempunyai majoriti yang cukup.

Dalam keadaan ada pandangan begitu pun, MB Perak, Mohd Nizar berpendapat, Sultan Perak tidak boleh membuat kesimpulan itu kerana bilangan Adun antara Pakatan dan BN kini sama banyak iaitu 28 - 28 di samping tiga Adun Bebas. Bagi Nizar, tiga Adun bebas itu pula kini sudah dipertikaikan keahliannya kerana Speaker Dun telah menerima perletakan jawatan mereka dan kes mereka kini ke mahkamah selepas SPR menolak diadakan pilihan raya semula di kerusi yang dikosongkan itu.

Oleh itu, dalam suratnya kepada Sultan Perak, beliau memohon perkenan baginda agar membubarkan Dun Perak dan mandat diberikan kepada rakyat untuk menentukan siapakah yang berhak mentadbir negeri Perak.

Namun, apabila Sultan kekal dengan keputusannya dan melantik Dr Zambry sebagai MB, rakyat tidak akan berpuashati. Maka berlakulah apa yang berlaku di Bukit Chandan hari ini. Benar, Dr Zambry berjaya mengangkat sumpah sebagai MB, namun kesetiaan rakyat tercalar.
Yang terlebih penting, apakah yang berlaku kepada Umno, BN dan khasnya Najib selepas ini.
Di Kuala Terengganu, pilihan raya yang dianggap referandum untuk beliau telah berakhir dengan keputusan menolak beliau. Bahkan dengan majoriti yang sangat besar. Sebelum itu, dia dimalukan di Permatang Pauh.

Ekoran pilihan raya Kuala Terengganu, semua pihak mengaku Umno dan BN perlu membuat perubahan besar-besaran. Najib sendiri mengaku tentang keperluan itu. Apakah perubahan itu? Bagi saya, berubah dari persepsi buruk rakyat kepada yang baik di mata rakyat.
Apakah masalah paling besar kepada Umno di mata rakyat. Bagi saya, amalan korupnya. Dari pemimpin tertinggi sehinggalah ke pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dinilai sebagai korup.

Najib boleh berkata, apa yang dibuat Umno, iaitu mendapatkan Adun Pakatan adalah sama sahaja dengan apa yang cuba dibuat Pakatan pimpinan Anwar Ibrahim dari projek 16 September hinggalah penyertaan Datuk Nasarudin Hashim ke dalam PKR.
“Jika Pakatan buat boleh, bila Umno buat korup?” Najib boleh kata begitu.
Tetapi, jika dilihat kepada nature kes-kes itu jelas. Misalnya kes Jamaludin Mat Radzi dan Osman Jailu. Kedua-duanya sedang didakwa kerana rasuah. Menjelang beberapa hari sebelum kesnya disebut lagi untuk dibicarakan iaitu pada 10 Februari, kedua-duanya hilang. Timbul semula hanya di Putrajaya dan mengiytiharkan keluar dari PKR menjadi calon bebas. Kemudian membuat pengakuan kepada Sultan Perak menyokong BN untuk membentuk kerajaan baru.
Saya yakin, jika Gerak masih lagi badan bebas, kumpulan NGO anak buah Ezam Mohd Noor ini akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gerak akan mendakwa terdapat unsur-unsur rasuah yang jelas bagaimana Jamaludin dan Osman ini boleh menyokong BN hatta untuk menjatuhkan bekas kerajaannya.

Antaranya, jika didapati bersalah Jamaludin dan Osman akan hilang segala-galanya; jawatan Exco, Adun bahkan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun. Dari kehilangan semua ini, baik sokong BN.

Namun, kini Gerak tidak bergerak. Mereka sudah kenyang dengan isu 46 ekor lembu korban di Bandar Tun Razak sahaja.

Kesimpulannya, walaupun Umno dilihat menang dalam kes ini iaitu mendapat kerajaan Perak tetapi ia umpama pepatah Melayu sahaja, menang secumpak, rugi segantang. Berjaya rampas negeri Perak tetapi besar kemungkinan akan hilang selama-lamanya di mata rakyat kerana Umno sememangnya gagal bahkan sememangnya tidak mahu berubah.

Tuesday, February 10, 2009

UMNO lah Yang Mula - mula Derhaka

Hampir setiap hari kini kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar .

Inilah politik kotor yang dimainkan oleh parti kotor seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah

Jika Umno tidak diserang penyakit ‘amnesia” ( penyakit mudah lupa ) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa ? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai penderhaka “par excellence” ( penderhaka agung ).

Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah “kepala” penderhaka apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.

Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru bagi menggantikan Sultan Kelantan ? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Umno ingat ganti sultan macam ganti jawatan JKK.

Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat . Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang DiPertuan Agung enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan ( pindaan ) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin Kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja di pandangan hina di kalangan masyarakat awam.
Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983 Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihanraya Umum pada tahun 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam , kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja melayu.

Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan , mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya ( lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m/s 13 ).

Semasa krisis tersebut juga media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997 ( Tan Sri Ghazali Jawi yang enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak pada masa itu yang mengakibatkan Sultan enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan ) dan di Pahang pada tahun 1979 ( Datuk Rahim Abu Bakar ) .

Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993 . Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum media-media massa yang dikawal oleh Umno, beberapa orang Menteri dan agensi Kerajaan dengan tidak bersopan dan beradab membuat kenyataan dan mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat di raja tertentu. Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja sepertimana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.

Bersandarkan bukti-bukti di atas kini sipenderhaka Umno yang sama dengan tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka. Ya, memang benar Nizar mengakui telah “menyembah sembah derhaka” semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan “hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka” . “Sembah derhaka” bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil “hamba tua” . Ini bahasa istana nak buat macam mana .

Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap nizar sebagai derhaka apabila memohon “menyembah sembah derhaka” . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.
Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya . Ini kerana berdasarkan Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan ( at his pleasure ) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan di pecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.

Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan ( ceases command of confidence ) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak sepertimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Negeri Perak. Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang ?

Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966 dahulu. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak ( sama seperti Perlembagaan Negeri Perak ) “ lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri “ ( kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri ( sama seperti Dewan Undangan Negeri ) )

Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu 28 kerusi masing-masing. Ketiga-tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat hanya menjadi ADUN bebas dan bukannya ADUN BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga ADUN berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN.

Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga ADUN ini masih boleh dianggap sebagai ADUN kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sepertimana surat mereka yang telah ditandatangani mereka dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.

Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak surat perletakkan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih boleh dikira ADUN atau tidak , badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut hanyalah DUN Perak sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33 ( 1 ) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan “ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu tekah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad”.

Jelas DUN Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih layak sebagai ADUN atau tidak dan keputusan DUN tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M Sultan melantik Menteri Besar yang baru , DUN Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli DUN Perak.

Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M Sultan untuk “memohon menyembah sembah derhaka” untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya “sembah derhaka” tersebut difahami oleh sipenderhaka UMNO sebagai derhaka.

Oleh HANIFA MAIDIN..

KENAPA PULAK UMNO MARAH

oleh Firdaus Omar ( blog Kopitiam Bang Nan )

Bukan ke sejak dua menjak ni..Karpal secocok bebeno dengan UMNO?

UMNO tak nak hudud...Karpalpun tak nak hudud.

UMNO tak suka Anwar...Karpalpun tak suka Anwar.

UMNO pinda perlembagaan (1993) supaya Raja/Sultan boleh di bawa ke mahkamah...Karpal nak saman Sultan Perak.

Jadi..yang dok marah sangat kat Karpal ni..Berarak sana sini ni...apa ke hei?

Hoi yob...Janganlah hipokrit.

MENGENANG SEJARAH : SUDAH ADA MB ENGGAN LETAK JAWATAN DI PERAK SEBELUM INI

oleh MSO


DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.

BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]
Posted by mso.im at 12:01:00 PM 11 comments

Susupan Pagi
Biarlah Karpal Bersuara Dari Atas Kerusi RodanyaTINDAKAN Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengkritik dan mempersoal kewibawaan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat sedikit sebanyak menganggu persepakatan dan fokus pakatan tiga buah parti itu; PKR, DAP dan Pas terhadap kemelut di Perak waktu ini.Tidak wajar Karpal bersikap demikian yang menunjukkan tidak ada bersepaduan dalam Pakatan dalam saat-saat dan suasana semua pemimpin Pakatan sepatutnya bercakap atas satu nada dan satu irama.Cara Karpal itu seolah-olah beliau tidak memahami masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat yang kehilangan sebuah kerajaan negeri hari ini serta masih mahu menunjukkan kehebatan sendiri sebagai peguam.Mungkin ramai yang bingung dengan telatah Karpal itu. Komen dan luahan kemarahnya itu juga sudah melencong jauh daripada apa yang beliau sepatutnya sebutkan. Beliau tidak patut mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai ketua umum Pakatan yang sudah dieprsetujui.Kalau pun beliau tidak mahu menerima strategi politik lompat parti yang dikatakan dipromosikan Anwar beliau hanya perlu diam sahaja. Kerana adat (sikap) dalam berpersatuan ialah akur kepada keputusan majoriti dan pandangan ketua.Semalam Karpal mengkritik Anwar dan mengatakan Anwar tidak layak menjadi ketua umum Pakatan Rakyat. Sehubungan itu juga beliau meminta Anwar bertaubat. Semuanya gara-gara isu beliau cadang untuk menyaman Sultan Perak. Karpal menganggap cadangan itu tidak dipersetujui Anwar sedangkan bagi Anwar tindakan Karpal membuat kenyataan akhbar berhubung itu adalah bersifat peribadi bukan pandangan koletif Pakatan.Apa yang dimaksudkan Anwar, Pakatan sedang mengumpul panel pegamnya untuk mengkaji apa yang berlaku di Perak terlebih dahulu. Cara itu lebih teratur dan tidak tergesa-gesa sehingga boleh menimbulkan masalah kepada Pakatan kemudiannya. Karpal tidak faham tindakan ini disebabkan beliau tidak menghadiri mesyuarat majlis Pakatan Rakyat.Anwar juga mungkin terpaksa tidak bersependapat dengan Karpal kerana cara Karpal itu untuk mengheretkan semua orang Melayu dalam Pakatan untuk menyaman Sultan dan cara itu mungkin dilihat Anwar tidak baik dan tidak patut kerana ia mengusutkan lagi keadaan.Sebenarnya sikap Karapl yang tidak sehaluan itu bukan saja kali ini. Sebelum ini pun Karpal bercakap merapu dan tidak mengikut nada orang ramai - Pakatan. Orang bercakap ke timur beliau ke barat, orang ke barat beliau ke timur. Karpal menunjuk-nunjuk keangkuhan beliau sebagai seorang peguam yang syok sendiri kononnya dialah serba tahu dan berani.Misalnya mejelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan lepas, Karapl menimbulkan soal hudud di mana beliau mengulangi pendiriannya akan tetap menentang hudud. Sepatutnya dalam masa Pas menghadpai pilihan raya beliau tidak menimbulkan isu berkenaan kerana ia akan dieksploitasikan oleh pihak Umno Barisan Nasional. Lagi pun masalah hudud sudah jelas kedudukan dan bagaimana Pakatan menanganinya. Di sini kebijaksanaan tidak ada kepada Karpal.Pendirian dan sikap tegas Karpal dalam sesuatu hal memang boleh dipuji. Tetapi kurang bijaksana dalam menyalurkan pandangan dan mempertahankan diri perlu dikecam.Cara beliau mempertikaikan dan marah kepada Anwar itu tidak kena saluran. Beliau tidak sepatutnya meluahkan kepada media, tetapi dalam mesyuarat majlis Pakatan Rakyat.Begitu juga tindak tanduk Karpal sebegitu menampakkan kelemahan dirinya sendiri bila menyebut DAP tidak mempercayainya dan lebih mempecayai kepada Anwar dan apa yang Pas kata. Kenapa harus mendedahkan aib sendiri? Inilah kelemahan Kapral sebagai ahli politik. Daripada orang tidak tahu menjadikan semua orang tahu.Bagi saya Karpal ada masalah dalam hal ini. Benarlah seperti kata Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali sejak akhir-akhir ini tindakan Karpal sukar difahami kerana kadang kala ia bercanggah dengan pemikiran ramai dalam Pakatan.Mengenai keganjilan Karpal ini bukan saja Syed Husin ramai yang menyedari dan merasainya.Bagaimana pun hendaknya pemimpin Pakatan Rakyat tidak pelru beritndak balas ke atas Karpal. Biarlah dia bersura dari kerusi rodanya itu. Mungkin kenapa berlaku demikian kerana masalah keadaan dirinya kini selepas mengalami kemalangan jalan raya.Perli difahami orang catat sangat sensitif dan mereka sering merasakan mereka dianaktirikan dalam apa-apa pun. Di sini karpal sebagai seorang tokoh politik dan peguam yang besar jiwa sebelum ini sudah jadi seorang yang berjiwa kecil.Kepada Pakatan selesailah sebaik mungkin kes Karpal ini kerana jika dibiarkan apa lagi dilawan nanti Pakatan akan kehilangan seorang lagi Orang Kurang Upaya (OKU) dalam parti berkenaan selepas perginya Hee Yit Foong. [wm.kl 9:00 am 10/02/09]

DATO'NASA : 'TROJAN HORSE' SIAPA? oleh MSK

Artikel dari : Perakexpress.com

Dalam ‘Konspirasi Nizar-Anwar’, aku tulis tentang peranan Dato’ Nasarudin sebagai ‘Trojan Horse’.

“Satu perkara menarik…dalam episode rampasan kuasa di Perak ini, kemarahan dan penghinaan ditujukan hanya kepada dua EXCO PKR, Jamaludin dan Osman, tetapi tidak kepada Dato Nasarudin! Mengapakah kepimpinan PKR tidak menyalahkan Nasarudin, sebaliknya menyalahkan dua EXCO ini? Apakah Dato Nasrudin benar-benar mahu kembali kepada Umno…ataupun beliau telah disuruh?

Aku percaya..Nasrudin memang benar-benar ‘trojan horse’. Tetapi untuk tunggangan siapa? Najib atau Anwar?”

Dato’ Nasarudin, walaupun didalam Umno, tetapi merupakan seorang Anwaristas. Beliau adalah rakan Anwar semasa dikampus, dan penyokong Anwar semasa didalam Umno. Walaupun beliau masih didalam Umno, tetapi beliau tidak pernah memusuhi PKR sebaliknya begitu rapat dengan PKR. Beliau marah kerana diletakkan di DUN Bota, kerana terpaksa berhadapan dengan rakanya, Usaili.

Apabila beliau dipinggirkan oleh Umno Bahagian Parit, keinginan beliau untuk menyertai PKR semakin kuat dan keputusan beliau untuk berjumpa Anwar Ibrahim adalah keputusanya sendiri tanpa dipaksa atau dipujuk oleh sesiapa pun.

Begitu juga dengan isterinya, Datin Ummi, yang dikenali sebagai orang yang suka merendah diri dan senang didekati. Malah Datin Ummi merupakan orang yang banyak mempengaruhi Dato Nasa untuk menyertai PKR kerana beliau berjiwa rakyat, bukan macam kebanyakan Datin-Datin lain yang lebih suka bergaya dan meninggi diri.

Walaupun Dato Nasa sudah menyertai Umno, tapi Datin Ummi masih tetap dengan pendirianya untuk kekal didalam PKR.

Pada malam sebelum keempat-empat ‘pembelot’ ini muncul diPutrajaya, Dato’ Nasa dikawal oleh AMK PKR Perak. Pada malam tersebut, Dato’ Nasa telah didatangi oleh Raja Ahmad Zainudin dan Dato Hamdi Jaafar. Dato Nasa telah meminta AMK Perak untuk keluar sekejap untuk minum, dan oleh kerana kedua-dua ADUN Umno ini rapat dengan Dato Nasa, AMK Perak telah membenarkan Dato Nasa untuk keluar.

Apabila menyedari Dato Nasa tidak ada ditempat yang dikatakan, baru lah disedari bahawa Dato’ Nasa telah diperdaya oleh dua ADUN ini, dan satu team khas telah membawa Dato’ Nasa kePutrajaya. Mungkin benar kata Umno bahawa Dato Nasa tidak diculik, tetapi telah diperdaya kononnya untuk berjumpa Raja Muda Perak. Tidak dapat dipastikan sama ada Dato’ Nasa berjumpa dengan Raja Muda atau hanya berhubung tanpa bersemuka, tetapi Dato’ Nasa telah dititahkan untuk kembali kedalam Umno.

Apa sebabnya? Tidak jelas …tetapi kalau dilihat kepada keperluan bisnis Raja Eleena, tidak mustahil arahan untuk Dato’ Nasa kembali kedalam Umno ada kaitan dengan Gamuda.
Disini, konspirasi Anwar sedikit tergelincir. Anwar tidak menyangka bahawa istana akan campurtangan dalam hal-hal politik, memandangkan Sultan dan Raja Muda dianggap sebagai non-partisan dan terkenal dengan kematangan politik.

Dato’ Nasa tidak mempunyai pilihan, malah seperti kata Najib, “Sultan tidak mempunyai pilihan’”. Kerana semua tangan mereka dipulas oleh Najib. Najib telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan untuk , mengugut Sultan dan kerabat diraja. Sekiranya Sultan tidak mengikut perancangan beliau, maka seluruh bisnis yang melibatkan keluarga diraja Perak akan lingkup.

Dato Nasa juga merasa berat untuk bersama Umno, kerana kecewa dengan budaya Umno. Dan beliau menolak tawaran untuk menjadi MB, sebaliknya hanya akan menerima jawatan EXCO.
Datin Ummi pula masih berkeras tidak akan keluar dari PKR. Malah beliau amat teruja dengan keikhlasan PKR menerima mereka. Dan bertegas, beliau akan terus bersama PKR walaupun Dato’ Nasa sudah menyertai Umno.

Hanya jasad Dato Nasa menyertai Umno tetapi jiwanya tetap bersama Anwar dan PKR. Berapa lama beliau akan bertahan? Masa akan menentukan. Mungkin beliau akan sekali lagi melompat balik kedalam PKR untuk kali kedua dan membiarkan Umno hanyut di bumi Perak.
Kita bukan menentang Sultan Perak malah kita mahukan martabat Raja-Raja Melayu itu di angkat ketempat yang lebih tinggi, bukan untuk diperlekehkan, diugut dan dipulas oleh Umno yang kononnya memperjuangkan Raja-Raja.

Kita mahu Raja-raja Melayu dihormati dan diterima oleh semua rakyat, terutamanya diPerak. Dan itulah sebabnya Nizar memohon sembah derhaka, demi menyelamatkan maruah Sultan. Kita mahu Sultan yang dapat memimpin Perak dengan adil dan saksama, bukan dipulas dan diugut oleh Najib dan Umno.

Dengar perbualan Datin Ummi dengan Mejar XXX melalui telefon.

KONSPIRASI ANWAR - NIZAR : oleh MSK

Artikel Dari Perakekspress.com

Dubai merupakan kayu ukur yang telah diterima oleh dunia untuk mengetahui ekonomi dirantau Teluk, kerana ia merupakan Bandar yang paling moden. Untuk sekian lama, peniaga berpusu-pusu kesana untuk mencari kekayaan terutamanya dalam sector hartanah.
Tetapi pasaran hartanah sudah merudum akibat kemelesetan ekonomi dunia dan melibatkan banyak syarikat-syarikat dari Malaysia. Banyak projek-projek digantung atau dibatalkan. Dan salah satu syarikat yang menerima tempias ialah Gamuda Berhad, syarikat terbesar di Malaysia dimana tumpuan utama mereka adalah dalam sector pembinaan, air, tol dan hartanah. 7% daripada pendapatan Gamuda datang dari Dubai. Gamuda menghadapi masalah selepas projek dibawah WCT Berhad dan Meydan LCC untuk membina padang lumba kuda di Dubai yang bernilai RM4.6 billion dibatalkan. Pengarah Urusan Gamuda,, Lin Yun Ling, baru-baru ini telah menjual sahamnya menyebabkan saham Gamuda jatuh merudum.

Satu lagi fakta menarik tentang Gamuda ialah – pemegang saham terbesarnya juga merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia. Beliau adalah Raja Datuk Seri Elena Raja Azlan Shah, anak Sultan Perak, Raja Azlan Shah. Beliau bernilai RM773 juta pada tahun 2007 dan mendapat tempat ke 25 daripada 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi kekayaanya merosot kepada RM510 juta pada tahun 2008 dan turun ketangga ke 35 daripada senarai 40 orang terkaya diMalaysia. Berdasarkan kepada nilai saham RM1.91 sesaham hari ini, kekayaan beliau telah jatuh kepada RM287.46 juta…berdasarkan pegagangan beliau sebanyak 7.5% didalam Gamuda menerusi Generasi Setia (M) Sdn Bhd. Oleh itu, keengganan bapanya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sudah pasti mengundang pelbagai spekulasi.

Politik di Malaysia mungkin yang terkotor tetapi kita tak boleh menyalahkan rakyat apabila mempunyai persepsi bahawa kerajaan persekutuan mengugut Sultan. Dan kita tidak memerlukan pakar untuk menilai bahawa sebenarnya Gamuda adalah dibawah ihsan Kerajaan Persekutuan. Apabila peruntukan dibekukan oleh kerajaan persekutuan terhadap Selangor, Perak dan Pulau Pinang, Gamuda merana dan merayu diberikan projek. Negara mempunyai wang, malah lebih daripada sebelum pilihanraya March 2008 kerana BN tidak tahu kemana wang yang sepatutnya disalurkan kepada lima negeri Pakatan rakyat dibelanjakan.
Dalam masa yang sama, Gamuda tertekan kerana projek landasan berkembar menghadapi banyak masalah. Terutamanya di Pulau Pinang dan Perak. Dan kemelut ini menyebabkan Gamuda terpaksa melutut kepada Najib, sebagai Menteri Kewangan, untuk membantu Gamuda yang semakin kesempitan.
Bakal Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri pada March 2009 dan pastinya beliau akan membuat beberapa pengumuman popular. Suntikan pertama sebanyak RM7 billion mungkin sudah dibelanjakan. Dr. Mahathir telah memberikan ‘clue’ bahawa suntikan kedua sepatutnya berjumlah RM35 billion ataupun 5% daripada KDNK Negara. Bersedia lah untuk mendengar pengumuman ini. Sama ada RM35 billion ini akan masuk kepasaran saham ataupun projek, semuanya sudah menunggu – termasuk Gamuda. Najib akan mengumumkan bahawa negara kita bebas dari kemelesetan, dan sudah pasti..pasaran saham akan melonjak semula. Dan salah satu saham tersebut ialah Gamuda.

Mari kita bayangkan tentang satu teori konspirasi…dan apa yang berlaku diPerak hanyalah ‘the tip of an iceberg’.

Andaikan….Anwar akan mengambil alih kerajaan Persekutuan tetapi beliau sedar, kalau itu yang dilakukannya, rakyat sudah pasti akan menentang beliau sepertimana rakyat menentang Umno hari ini.

Anwar cuba memulakanya dengan mengumumkan pembelotan Ahli-ahli Parlimen abah dan Sarawak, riuh dengan 916 dan sebagainya. Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Anwar tahu Najib perlukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa beliau juga mampu berbuat sesuatu, lantas Anwar bersedia mengorbankan Perak.

Anwar menerima umpanan Najib yang dibuat melalui Datuk Nasarudin. Satu strategi menarik, untuk menyingkir wakil rakyat PKR yang tidak berkemampuan dan bermasalah, dan dalam masa yang sama..menggantikan dengan mereka yang berwibawa, maka Perak perlu ‘diserahkan’ kepada Umno/BN.

Sekarang Najib sudah mendapat Perak untuk ditunjuk kepada ahli-ahli Umno dalam Perhimpunan Agung Umno nanti dan mengatakan bahawa Anwar memulakannya skandal pembelotan ini dan beliau hanya menyudahkannya. Episod seterusnya ialah…Anwar akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan bersama ‘pembelot-pembelot’ nya dan berkata..” Najib memulakannya dan beliau hanya menyudahkannya’.

Kalau rakyat menerima rampasan kuasa di Perak oleh Najib dan diperkenankan oleh Sultan, mengapa rakyat perlu menolak sekiranya Anwar merampas kuasa Kerajaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong?

Satu perkara menarik…dalam episode rampasan kuasa di Perak ini, kemarahan dan penghinaan ditujukan hanya kepada dua EXCO PKR, Jamaludin dan Osman, tetapi tidak kepada Dato Nasarudin! Mengapakah kepimpinan PKR tidak menyalahkan Nasarudin, sebaliknya menyalahkan dua EXCO ini? Apakah Dato Nasrudin benar-benar mahu kembali kepada Umno…ataupun beliau telah disuruh?

Aku percaya..Nasrudin memang benar-benar ‘trojan horse’. Tetapi untuk tunggangan siapa? Najib atau Anwar?

Semalam pun, aku masih mencari jawapan. Mengapa Nizar sanggup bertahan walaupun mengingkari arahan Sultan? Dan sejak peristiwa rampasan kuasa Najib ini berlaku, aku masih belum melihat Nizar berwajah sedih..sebaliknya sentiasa ceria dan relax..Begitu juga Anwar…bila ditanya tentang rampasan kuasa ini, dia masih boleh melawak..”hangpa tok sah ghafla la. Buat kerja hangpa..yang ni semua bagi kat kami.”

Bila ditanya berapa lama Nizar akan bertahan diKediaman Menteri Besar, Nizar menjawab dia akan keluar beberapa hari lagi, tetapi dengan sinis dia berkata..” kita keluar kejap…bulan depan kita masuk balik.”

Perancangan Anwar dan Nizar ini hampir berjaya, sekiranya Sultan bersikap berkecuali dan adil, kerana itulah persepsi yang ada dikalangan rakyat dan kepimpinan PR. Apa yang mungkin tidak diketahui mereka, Raja Nazrin memainkan peranan utama untuk memaksa Dato Nasrudin kembali kedalam Umno. Malah Dato’ Nasarudin menangis kerana dipaksa kembali kedalam Umno.

Dan semalam, aku mendapat beberapa rakaman perbualan telefon diantara orang kita dengan Jamal, Osman, Dato Nasarudin dan isterinya yang dirakamkan secara rahsia. Kami akan siarkan rakaman telefon ini secara berperingkat dan belum pasti sama ada ianya akan disiarkan di Perakexpress. Mungkin di blog Sya-reformis, Albanjari, Cyberboron, Cenangau…kerana kami semua sedang diekori oleh SB dan MIO.