"Masa tidak pernah ingkar. Sentiasa taat bergerak dari satu saat ke saat yang lain seiring dengan kehendak Tuhannya Yang Maha Esa. Tidak pernah alpa walau sedetik. Tidak pernah berhenti walau sesaat. Cukup patuh dan tidak pernah lalai.
Kita sebagai manusia yang selalu leka dan lupa sepatutnya memerhatikan serta memikirkan kejadian-kejadian Allah S.W.T. Sebenarnya tidak kurang banyaknya kejadian-kejadian Allah S.W.T yang boleh di jadikan sebagai pedoman dan panduan hidup.
Antaranya kejadian masa seperti yang diceritakan tadi. Kita boleh menjadikan ketaatan masa pada Tuhannya sebagai satu sumber inspirasi untuk menjadi insan yang lebih patuh pada Rabnya. Menjadi insan yang lebih gigih meneruskan kehidupan walaupun pelbagai ranjau dan halangan terpaksa ditempuhi. Masa terus maju dan maju sehinggalah hampirnya kita pada tanggal 1 Muharam atau lebih dikenali sebagai Ma’al Hijrah.
Marilah sama-sama kita imbas kembali peristiwa yang berlaku di sebalik sambutan Ma'al Hijrah. Satu ketika dahulu ketika islam semakin berkembang luas di Mekah, para pemuka-pemuka Quraisy telah mengadakan satu perjumpaan untuk membincangkan tentang islam, umat islam dan Nabi Muhammad S.A.W atas sebab mereka merasakan perkara ini boleh membawa kesan yang buruk kepada Kaum Musyrikin Mekah. Perjumpaan tersebut telah diadakan pada 26 safar pada tahun ke 14 kenabian di Dar An-Nadwah.
Turut sama hadir di dalam perjumpaan itu juga iblis yang menyamar sebagai Sheikh An-Najd (seorang tua dari An-Najd) untuk turut sama memberikan usul-usul jahat. Pada akhir perjumpaaan tersebut telah diterima pendapat Abu Al-Aswad yang mencadangkan agar Rasulullah S.A.W di buang negeri dan Abu Al-Muktari yang mencadangkan Rasulullah S.A.W dipenjarakan. Perkara tersebut diketahui oleh Rasulullah S.A.W apabila Allah S.W.T menyampaikan wahyu mengenai perkara itu melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.
Apabila berita tersebut diketahui Rasulullah S.A.W, baginda telah mengkhabarkan perkara tersebut pada sahabat karibnya Abu Bakar As-Siddiq a.s. Kemudian, mereka telah berkemas-kemas dan bersiap-siap untuk berhijrah ke Madinah atau pada ketika itu dikenali sebagai Yathrib. Rasulullah S.A.W telah memilih Saidina Ali untuk berbaring di tempat tidurnya pada malam baginda dan Abu Bakar hendak bertolak ke Madinah sebagai mengabui mata para kaum musyrikin Mekah yang hendak membunuhnya pada malam itu. Kesan daripada helah tersebut maka berjayalah Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar melepaskan diri ke Yathrib tanpa di sedari walau seorang pun daripada mereka.
Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar telah menuju ke arah selatan untuk menuju ke Gua Thur seraya tidur di sana selama 3 malam. Selama mereka berada di sana Asma' dan Aisyah telah membawakan bekalan makanan untuk mereka, manakala Abdullah bin Abu Bakar pula menjadi perisik pada mereka untuk mengetahui sebarang berita atau perkhabaran tentang Musyrikin Mekah dan Amir bin Fuhaira' pula menggembala kambing di sepanjang laluan yang di lalui Rasulullah dan Abu Bakar untuk menghilangkan segala kesan-kesan perjalanan.
Pihak Quraisy yang kecewa di atas kegagalan mereka menjejaki 2 orang yang amat dikehendaki itu telah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa sahaja yang mampu menjejaki mereka. Tawaran lumayan tersebut telah menarik minat Suraqah bin Malik yang telah berjaya menemui jejak-jejak mereka. Walau bagaimanapun hajat besar Suraqah bin Malik tidak kesampaian apabila beliau dan unta yang di tungganginya rebah ke bumi ketika dalam proses menjejaki Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar.
Nabi Muhammad S.A.W telah meneruskan perjalanannya bersama Abu Bakar dengan melalui beberapa perkampungan yang di antaranya ada yang bernama Tihama'. Walaupun pelbagai rintangan dan ujian terpaksa di lalui seperti ancaman binatang buas, binatang berbisa, melalui batu-batu kapur, lembah yang curam dan sebagainya mereka tetap terus menggagahkan diri dengan hanya berbekalkan iman dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
Akhirnya Rasulullah S.A.W telah tiba di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiul Awwal tahun ke 14 Kenabian, sebahagian ulama' mengatakan hari tersebut bertepatan dengan 12 Rabiul Awwal. Baginda telah menetap di sana selama 4 hari serta mendirikan Masjid Quba'.
Maka pada hari Jumaat, 16 Rabiul Awwal bergemalah alunan "Tola'al Badru 'Alaina" yang merupakan laungan nasyid selamat datang yang dialunkan khas daripada mereka untuk menyambut kedatangan Nabi Muhammad S.A.W diikuti laungan takbir. Rasulullah bersembahyang juma'at di Yathrib dan menukarkan Yathrib kepada Madinaturrasul atau Al-Madinah. Maka dengan rasminya tertegaklah negara islam Madinah dan dari saat itu jugalah bermulanya penyebaran islam ke seluruh dunia.
Oleh yang demikian, sempena kita menyambut Ma'al Hijrah sama-samalah kita imbas kembali segala jerih payah Rasulullah S.A.W menempuhi segala ranjau dan duri untuk berhijrah ke Madinah demi melihat islam tetap teguh berdiri sekaligus menjadikan ia satu titik tolak pada kita untuk berazam menjadi seorang islam yang lebih ta'at pada syariat islam menjelang Awal Muharam ini.
Salam Ma'al Hijrah..
Saturday, December 27, 2008
Tuesday, December 16, 2008
St.Marks OldBoyz Reunion Class82
Reunion dengan rakan - rakan bekas pelajar St.Mark Secondary School pada 6 Disember 08 di Dewan Datuk Ahmad Badawi Butterworth telah diadakan dengan jayanya. Turut hadir memeriahkan event ini, ialah Mr.Arthur Durairaj, Ex-Headmaster, Mr.Zulkifli Lingam Abdullah, English teacher kita orang dan Mrs & Mr Vadivellu.
Next coming reunion ke5 akan diadakan next year.
Keep in touch fren.............
GURU UMPAMA PERMATA NILAM :- A.KADIR JASIN
PANTUN lama kegemaran saya berbunyi:
Pergi memburu di padang datar,Dapat rusa belang kaki;Kalau berguru kepalang ajar,Ibarat bunga kembang tak jadi.Berguru adalah segala-galanya.
Betul berguru jadi pendeta. Silap berguna tidak kenal bahasa.Atau dalam bahasa basahan orang Utara, boleh gila isin – bukan sekadar gila, tetapi gila campur “insane”.
Saya sangat bernasib baik. Guru-guru saya baik-baik belaka. Selain ibu dan bapa saya, merekalah yang membuatkan saya berada di mana saya kini berada.
Sabtu lalu, 13 Disember, saya dan beberapa orang kawan dari Sekolah Menengah Saint Michael, Alor Star – sekolah kelas dua – menyertai sekumpulan penghayat meraikan seorang guru kami yang sangat berjasa.
Namanya Dato’ Dr Haji Wan Shamsudin Mohd Yusof, guru bahasa dan kesusasteraan Melayu yang “forte”nya adalah sejarah, khasnya sejarah Negeri Kedah dan wilayah-wilayah Islam di persekitarannya.
Dia adalah Tokoh Guru Kedah (1993), Tokoh Guru Kebangsaan (1994) dan Tokoh Guru Suluh Budiman, Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002).
Kali ini kami berkumpul di Auditorium Taman Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kedah bagi meraikan satu lagi anugerah yang dilimpahkan kepadanya.
Pada 18 Oktober lalu, dia dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Sejarah) oleh Universiti Utara Malaysia sebagai mengiktiraf pembabitan beliau dalam bidang pendidikan, sejarah, sastera dan budaya.
Seperti kata Prof. Madya Mohd Isa Othman, pensyarah sejarah politik, Pusat Pengajian Jauh, Universiti Sains Malaysia, ramai orang boleh belajar untuk mendapat ijazah doktor falsafah, tetapi doktor kehormat falsafah adalah pengiktirafan sesebuah universiti dan komunitinya terhadap pencapaian dan sumbangan seumur hidup seorang tokoh ilmu.
Maka dalam semangat itulah kami meraikan seorang insan, yang tanpa mengira gelaran dan anugerah yang diperolehnya, tetap Cikgu Wan kepada kami.
Itulah Wan Shamsudin yang kami kenali mulai tahun 1962 di sekolah “kelas dua” Saint Micheal yang terhimpit di antara Gereja Katholik dan paya nipah di Jalan Langgar.
Dia berbasikal ke sekolah, belajar sendiri untuk mengambil sijil HSC dan pada usia 41, masuk Universiti Malaya.
Dan dialah yang “memaksa” saya mewakili darjah dalam pertandingan pidato pelajar Bulan Bahasa Kebangsaan tahun 1965 dan 1966 sehingga berjaya mendapat tempat ketiga di peringkat nasional di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Saya bernasib baik kerana bukan Cikgu Wan seorang sahaja yang memberi lebih daripada yang dituntut ke atas seorang guru kepada muridnya. Ramai lagi guru penyuluh budi dan iman yang mengilap batu menjadi permata.
Antaranya Cikgu (Dato’) Shaari Abu Bakar, guru besar sekolah Melayu Pendang yang memberi kelas tambahan dan membawa saya dua tahun berturut-turut (1957 dan 1958) untuk mengambil peperiksaan Special Malay Class Entrance Examination.
Master Syed Salim, guru darjah dan guru bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Saint Michael yang mengenakan denda duit kalau kami bercakap lain dari bahasa Inggeris –maksudnya bahasa Melayu dan Siam kerana ramai budak-budak Melayu dari pedalaman waktu itu boleh berbahasa Siam.
Mr Kang yang mengajar kami erti kesihatan seperti menggosok gigi, memotong kuku dan menghantar kami ke klinik kerana dijangkiti kutu kepala atau bercacing di dalam perut selaku guru “hai jin!” (hygiene atau kesihatan).
Sebagai budak kampung dan anak rakyat biasa, kami mengalami pelbagai penyakit akibat kurang kebersihan seperti kudis buta, batuk dan berhingus, telinga bernanah, panau, kurap, bisul dan ketuat.
Mr Charles Alexander Westwood, seorang jurutera kereta api (locomotive engineer) yang bertukar kerjaya dan akhirnya menjadi guru besar Sekolah Menengah Saint Michael. Dia mengajar kami erti muhibah dan setia kawan.
Kalau tiada wang saku, dia mengeluarkan wang daripada koceknya sendiri. Kalau kena serangan malaria dan terketar-ketar, dia meminjamkan kotnya dan kalau ibu bapa kesuntukan wang, dia menangguhkan bayaran yuran RM15 sebulan.
Dia begitu kagum dengan kejayaan murid-muridnya dalam pertandingan dan kegiatan Bulan Bahasa Kebangsaan sehingga bersetuju namanya “dibahasa-Melayukan” menjadi Salleh Iskandar Kayubarat – terjemahan literal Charles Alexander Westwood.
Begitu taasub dia dengan nama itu sehingga dia menamakan rumahnya yang diperbuat daripada kayu di Jalan Telok Wan Jah sebagai “Kayubarat”.
Cikgu Zainal Abidin Ismail, guru LI (Language Institute) yang mengajar bahasa Melayu menggunakan loghat Johor kerana mahu mempamerkan hakikat bahawa dia lulus Institut Bahasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Dia juga mengajar kami di sebalik kehidupan – bagaimana bercinta, berpuisi dan seloka, menurun nombor ekor dan berangan-angan mengenai skim cepat kaya, membeli nombor ekor di Stesen Bas Jalan Langgar, mencari minyak pengasih dan bercita-cita menjadi orang berjaya dan orang kaya.
(Kebetulan, salah seorang bekas murid Sekolah Menengah Saint Michael adalah jutawan dan dermawan Syed Mokhtar Albukhary.)
Tetapi hati kecilnya mulia. Wang ringgit langsung tidak kira. Rumahnya di Pantai Johor menjadi tempat kami makan, belajar dan bersuka ria. Kereta Volkswagen Beetlenya macam milik kami juga.
Mr Chin Chow Kee yang tidak putus asa mencuba menjadikan setiap kami budak-budak desa seorang “mathematician” walaupun kami buta angka, buka kalkulus dan buta Algebra.
Mr Dorairatnam aka Mohd Yusof Abdullah yang mempertajamkan penguasaan bahasa Inggeris kami dengan menggunakan kaedah luar biasa, termasuk rayuan dan tangisan antara sedar dan tidak sedar akibat terlebih minum “air anggur peram.”
Ustaz Ahmad Saad yang mengajar kami erti iman, ketuhanan dan kelurusan. Dialah manifestasi ungkapan “betul bendul” – begitu lurus sehingga dari masa ke semasa kami mengambil kesempatan meminta wang kocek daripadanya selain meminjam motor skuternya jenis Vespa.
Dan tidak boleh dilupakan Brother Supervisor, Bro. Brenden wakil Gereja Roman Katolik yang menjadi pengasas dan pemilik sekolah kami.
Dialah mengajar kami erti autoriti (kuasa), disiplin, peraturan dan hukuman. Majoriti kami merasa sakitnya dirotan oleh beliau kerana pelbagai kesalahan daripada gagal ujian akademik tiga kali berturut-turut atau bertumbuk dengan pengawas.
Pendidik seperti inilah – antara kesempurnaan dan kecacatan watak, antara menjadi pendidik dan manusia biasa – memberikan kami bukan sekadar ilmu, tetapi pengetahuan, pengalaman dan suntikan semangat yang tidak wujud dalam manual perguruan.
Kepada mereka, kami terhutang budi sampai mati. Kerana merekalah kami boleh berdiri di sini. Moga-moga sumbangan bakti mereka diredai Ilahi dan diteladani para guru generasi ke generasi.
Sebagai bapa, saya terhutang budi kepada guru-guru yang mengajar anak-anak saya (lima semuanya) di atas dedikasi dan simpati mereka.
Nota Kaki: Blogger Che Det (Tun Dr Mahathir Mohamad) akan menandatangani buku Blogging To Unblock di MPH, Midvalley jam 3.30 petang, Khamis 18 Disember. Peminat buku dijemput.
Posted by A KADIR JASIN at 12:03 PM 13 comments

Wednesday, December 3, 2008
SUCCESS STORIES EX-ST.MARK STUDENT
I. KETUA HAKIM NEGARA
PROFILE
II ABDUL RAZAK MOHAIDEEN
i. The Latest Turn
The last few movies by Prof Razak has been refreshing. This includes 'Duyung' and 'Cinta U-Turn'. According to a source, his next few upcoming movies will perhaps silence his critics. A distinct display of a different style that can be seen in Duyung and Cinta U-Turn will perhaps be appreciated. The executive producer of the professor's movie, Mr Latiff Mohaideen, is confident that it will be a matter of time before Prof Razak and Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd before both will get international recognition. Cinta U-Turn was a joint venture between Lineclear Motion Pictures and Pyramid Shamira (a well established company in India which focusses on films and distribution.) Mr Latiff says, "It is only a matter of time before we are a success story in the international scene, Insha Allah."
i.i. Anak Mami series
Mohaideen's first Anak Mami the Movie was actually under Grand Brilliance which hit RM 3.8 million at the box office. This was later followed by Anak Mami Kembali, under MIG Beats
i.ii Mohaideen's Midas Touch Continues
Mohaideen's first film after leaving MMP, Bujang Senang, was a commercial success which was produced by Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd made over RM 3 million at the Malaysian box office. This is clearly indicating that his works speak for him and he is not dependent at all to MMP. It is quite the very opposite actually. Relatively upon releasing Bujang Senang, Mohaideen directed another box office hit entitled Nana Tanjung which collected RM 3.1 million at the Malaysian box office. These two Box Office Hits after leaving MMP went on to proof Mohaideen reputation as a Box Office Director in the Malaysian context that his movies still touches the hearts of many Malaysian viewers. This is a classical example of a Midas Touch working on its own. Mohaideen creates his own tipping point and all his movies catches on local Malaysian viewer like an epidemic. Mohaideen is the first Malaysian Director to re make his work to a Thai movie. Cinta Kolestrol was re shoot and made into Thai version Kolestrol Teerak and became a hit in Thailand. His current project, an international action movie titled Dead End, is a joint venture between MySiam Ventures Sdn Bhd and Prime Film International Co.Ltd., in collaboration with the Thai film studio In Dream Production/Pechpanna Productions.
II. Filmography
Gemerlapan
Anak Mami the Movie
Anak Mami Kembali
Mami Jarum
Mami Jarum Junior
Cinta Fotokopi
Kuliah Cinta
Lady Boss
7 Perhentian
Bujang Senang
Nana Tanjung
Nana Tanjung 2
Ablasa
Skrip 70707
Mistik
Duyung
Cinta U-Turn
Dato' Abdul Hamid bin Haji MohamadD.P.C.M. (Perak), D.M.P.N. ( Penang), K.M.N., P.J.K. (Perlis)
PROFILE
Dilahirkan pada 18.4.1942 di Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang.Mendapat pendidikan awal di:• Sekolah Melayu Paya Keladi, Kepala Batas, Seberang Perai;• St. Mark’s Branch School, Perai, Seberang Perai;• St. Mark’s Secondary School, Butterworth, Seberang Perai;• St. Xavier’s Institution, Pulau Pinang.
Pada tahun1965, melanjutkan pelajaran di University of Singapore dalam jurusan undang-undang dan dalam tahun1969 mendapat ijazah LL.B (Hon.).Pada 11.6.1969 memasuki Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Dalam tempoh 21 tahun dalam perkhidmatan itu, menjawat jawatan-jawatan:• Majistret di Kangar, Perlis dan Tapah, Perak;• Yang Dipertua Mahkamah Sesyen, Sungai Patani, Kedah dan Kuala Kubu Baharu, Selangor;• Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Kedah dan Perlis;• Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya;• Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan dan Perak;• Peguam Kanan Persekutuan Jabatan Hasil Dalam Negeri;• Ketua Bahagian Pendakwaan (Jenayah) di Jabatan Peguam Negara.Pada 1.5.1990 dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman dan ditempatkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.Pada 1.3.1992 dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan terus bertugas di Pulau Pinang. Pada 16.10.1999 ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada 1.9.2000 dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.Pada 1.8.2003 dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia.Pada 1.4.2007 dilantik menjadi Hakim Mahkamah Khas di bawah Perkara 182(1) Perlembagaan Persekutuan untuk tempoh selama dua tahun (1.4.2007 – 31.3.2009)Pada 5.9.2007 dilantik menjadi Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia.Pernah memegang jawatan-jawatan, antara lain:• Setiausaha Asean Law Association ( Malaysia);• Penolong Setiausaha Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society;• Presiden Persatuan Memancing Pulau Pinang;• Ahli Panel Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pulau Pinang;• Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Negeri Pulau Pinang;• Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM);• Ahli Panel Hakim Peraduan Penulisan Artikel Ilmiah Undang-Undang Perbandingan (Syarak dan Sivil) anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM);• Pengerusi, Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam Malaya;• Presiden Persatuan Memancing Malaysia.Pada masa ini menjadi:• Ahli Majlis Penasihat Syariah Untuk Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia;• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti;• Ahli Lembaga Pembelajaran Program LL.B, Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;• Ahli Lembaga Pembelajaran Program LLM Undang-Undang Antara Bangsa, Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;• Ahli Kehormat Unit Harmonisasi Syariah dan Undang-Undang, Kulliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;• Penilai Program Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B.), Universiti Kebangsaan Malaysia; dan• Ahli Lembaga Panasihat dan Pengarang Jurnal Undang-Undang IKIM.Telah menulis 555 penghakiman lengkap yang terdiri daripada 475 penghakiman Mahkamah Tinggi, 53 penghakiman Mahkamah Rayuan dan 27 penghakiman Mahkamah Persekutuan mengenai pelbagai persoalan undang-undang. Penghakiman-penghakiman itu disiarkan oleh jernal-jernal undang-undang di Malaysia.Kerap diundang membentang kertas kerja dan memberi syarahan di seminar-seminar dan persidangan-persidangan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antara kertas-kertas kerja, artikel dan syarahan yang telah disiarkan termasuk:• “Sistem Kehakiman Dan Perundangan Di Malaysia: Satu Wawasan” (2001) 4 M.L.J. clxxx;• “Civil And Shariah Courts In Malaysia: Conflict Of Jurisdictions” (2002) 1 M.L.J. cxxx;• “Administration Of Property: A Civil Law And Shari’ah Law Perspective” (2002) 3 M.L.J. I;• “Bidangkuasa Mahkamah Sivil Dalam Pentadbiran Harta Amanah Di Malaysia” (disiarkan dalam buku “Harta Amanah Orang Islam di Malaysia, Penerbit Universiti Malaya 2006);• “Angling And The Law” (Rod and Line, Disember 1996 dan Januari dan Februari 1997.)Antara kertas kerja yang pernah dibentangkan di seminar-seminar, persidangan-persidangan dan muzakarah termasuk yang bertajuk:• “Reciprocal Enforcement of Judgments In Malaysia” di Persidangan ASEAN Law Association di Manila, Philippines (1980);• “Kearah Keberkesanan Jaksa Pendamai Menjalankan Tugas Dan Tanggungjawabnya” di Ipoh, Perak (1993);• “Kearah Common Law Malaysia” di Persidangan Pegawai-Pegawai Perundangan Malaysia di Pulau Pinang (1993);• “Actions And Remedies For Dealing In Infringement Of Intellectual Property Rights”, anjuran W.I.P.O. di bawah naungan Bangsa-Bangsa Bersatu di New Delhi;• Legislative Requirements and Constrains In Sports Fishing” di Seminar Angling and Eco-Tourism: Synergy and Sustainability di Institute of Postgraduate Studies and Research, University of Malaya, Kuala Lumpur (1997);• “Penguatkuasaan Dan Pelaksanaan Perintah Di Mahkamah Sivil” di Persidangan Tahunan Pegawai Syariah Se Malaysia (2000);• “Pelaksanaan Dan Penguatkuasaan Penghakiman Mahkamah Syariah: Halangan Dan Penyelesaian” di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) (2001);• Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia: Kesannya Kepada Pembangunan Negera” di Seminar Memahami Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan IKIM di Shah Alam (2002);• “Dispute Resolution For Islamic Business And Finance Cases: The Way Forward” di Muzakarah Towards the Promulgation of a More Comprehensive Islamic Business and Banking anjuran IKIM (2003) dan kepada ahli-ahli Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (Mei, 2003);• “Perspektif Rayuan Dari Mahkamah Sivil Terhadap Pengurusan Kes-Kes Rayuan Di Mahkamah Syariah: Syor dan Pandangan” di Multaqa Hakim-Hakim Syariah Seluruh Malaysia (Ogos 2003);• “Administration of Justice: Time for a Paradigm Change?” di Seminar Hak Asasi Manusia 2003 Malaysia anjuran SUHAKAM (September 2003);• “Harmonization of Shariah and Civil Law in Malaysia: Present Reality and Future Actions” di Persidangan Antarabangsa Pengharmonian Undang-Undang Shariah dan Sivil anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Oktober 2003);• Konflik dan Perkongsian Bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah Mengenai Pengurusan Aset dan Pentadbiran Harta Pesaka Orang Islam dan Wakaf di Malaysia di Kolokium Pengurusan Aset dan Pentadbiran Harta Pesaka Orang Islam dan Wakaf di Malaysia. (Marriot Hotel, Putrajaya (24 & 25 Mei 2004);• “Harmonization Of Islamic Law And Civil law: Is It Possible?” di forum Konvensyen Mahasiswa Undang-Undang Kebangsaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. (25 July 2004);• “Pemakaian Common Law England dan Kaedah-Kaedah Ekuiti dan Pengahikman-Penghakiman Luar Negara di Malaysia.”, ucapan umum di Universiti Kebangsaan Malaysia (17.9.2004);• “Tak-Diskriminasi Atas Alasan Gender” di Seminar Hak Asasi Manusia Menurut Perspektif Islam”, anjuran Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) (14.2.2005);• “Common Law and Islamic Law in Malaysia” di Law School, University of Syracuse, U.S.A. (5 April 2005);• “Democracy In Practice In Malaysia: Some Observations” di Maxwell School of Government and Citizenship, University of Syracuse, U.S.A. (7 April 2005);• Opening Address di International Conference on “Harmonization of Shari’ah and Civil law: Towards A Methodology of Harmonization”, anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Pan Pacific Hotel, Kuala Lumpur (29.6.2005);• “Pengalaman Mahkamah Sivil Mengenai Isu Dan Permasalahan Undang-Undang” di Konvensyen Kehakiman dan Guaman Syar’ie 2005 anjuran Kolej Universiti Islam Malaysia, di Hotel Pan Pacific KLIA (13.9.2005);• “Komuniti Syari’ah: Peranannya Dalam Isu Syari’ah Dan Sivil” di Majlis Pelancaran dan Forum Komuniti Syari’ah, Jabatan Peguam Negara Malaysia di Hotel Legend, Kuala Lumpur (5.12.2005);• “Conflict of Civil and Shari’ah Law: Issues and Practical Solutions in Malaysia” di International Seminar on Shari’ah and Common Law 2006 anjuran Kolej Universiti Islam Malaysia, Palace of Golden Horses, Kuala Lumpur (20 -21 September 2006);• “Conflict of Interests Between Different Basic Rights” di Asian Constitutional Court Judges’ Conference anjuran The Supreme Court of the Philippines dan Konrad Adenaur Foundation, Manila. (29 -30 November 2006).• “Resolving Constitutional Issues: Is Constitutional Court the Answer?” di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. (13.8.2007)Telah dikurniakan darjah-darjah kebesaran D.P.C.M. (Perak) dan D.M.P.N.(Pulau Pinang) dan pingat-pingat K.M.N. dan P.J.K (Perlis).Berkahwin dengan Datin Hamidah Choong Binti Abdullah dan mempunyai empat orang anak.
II ABDUL RAZAK MOHAIDEEN
Abdul Razak Mohaideen is a Malaysian film director who has made over twenty films in the Malaysian market.[1] After obtaining a Bachelor's Degree in Journalism, Mohaideen worked as a script writer before moving to directing.Mohaideen obtained his Master of Art in Film and Television Fiction from Sheffield Hallam University, United Kingdom in the year 1997. He debuted as a director with the film Gemerlapan.
i. The Latest Turn
The last few movies by Prof Razak has been refreshing. This includes 'Duyung' and 'Cinta U-Turn'. According to a source, his next few upcoming movies will perhaps silence his critics. A distinct display of a different style that can be seen in Duyung and Cinta U-Turn will perhaps be appreciated. The executive producer of the professor's movie, Mr Latiff Mohaideen, is confident that it will be a matter of time before Prof Razak and Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd before both will get international recognition. Cinta U-Turn was a joint venture between Lineclear Motion Pictures and Pyramid Shamira (a well established company in India which focusses on films and distribution.) Mr Latiff says, "It is only a matter of time before we are a success story in the international scene, Insha Allah."
i.i. Anak Mami series
Mohaideen's first Anak Mami the Movie was actually under Grand Brilliance which hit RM 3.8 million at the box office. This was later followed by Anak Mami Kembali, under MIG Beats
i.ii Mohaideen's Midas Touch Continues
Mohaideen's first film after leaving MMP, Bujang Senang, was a commercial success which was produced by Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd made over RM 3 million at the Malaysian box office. This is clearly indicating that his works speak for him and he is not dependent at all to MMP. It is quite the very opposite actually. Relatively upon releasing Bujang Senang, Mohaideen directed another box office hit entitled Nana Tanjung which collected RM 3.1 million at the Malaysian box office. These two Box Office Hits after leaving MMP went on to proof Mohaideen reputation as a Box Office Director in the Malaysian context that his movies still touches the hearts of many Malaysian viewers. This is a classical example of a Midas Touch working on its own. Mohaideen creates his own tipping point and all his movies catches on local Malaysian viewer like an epidemic. Mohaideen is the first Malaysian Director to re make his work to a Thai movie. Cinta Kolestrol was re shoot and made into Thai version Kolestrol Teerak and became a hit in Thailand. His current project, an international action movie titled Dead End, is a joint venture between MySiam Ventures Sdn Bhd and Prime Film International Co.Ltd., in collaboration with the Thai film studio In Dream Production/Pechpanna Productions.
II. Filmography
Gemerlapan
Anak Mami the Movie
Anak Mami Kembali
Mami Jarum
Mami Jarum Junior
Cinta Fotokopi
Kuliah Cinta
Lady Boss
7 Perhentian
Bujang Senang
Nana Tanjung
Nana Tanjung 2
Ablasa
Skrip 70707
Mistik
Duyung
Cinta U-Turn
TANDA - TANDA DUNIA KITA MULA TERBALIK oleh Dr.MOHD ASRI
Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda ‘dunia sudah terbalik’. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.
Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga ‘fatwa’ tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.
Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.
Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.
Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.
Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin ‘hubungan seks’ sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas ‘pengkid’ atau ‘tandas saudarai’. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau ’saudarai’ boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.
Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn ‘Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).
Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi ‘nafsu bercinta’.
Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.
Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..
Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap ‘bersuami dua’.
Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.
Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.
Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai ‘karenah pengurusan’ yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.
Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.
Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap ‘berdasarkan undang-undang syarak’. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:
“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).
Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan ‘operasi mengintip’ maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..
Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; “Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”. Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.
Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di’bin’kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.
Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.
Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.
Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:
“Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.
Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d.
Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)”. Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.
Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.
Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:
“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).
Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.
Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.
Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!

Tuesday, December 2, 2008
PERJUMPAAN ST.MARK OLDBOYZ CLASS 82
Sessi kali ke4 ini, insya-allah akan diadakan pada :-
Hari : SABTU
Tarikh : 6 DISEMBER 2008
Masa : 8.00 MALAM
Lokasi : Dewan Dato'Ahmad Badawi, Butterworth
So far mengikut pengesahan kehadiran yang diberikan kepada sekretariat adalah seramai 70 orang dan dijangka bertambah. tahniah utk Kamal, Sabri, Jelaini, Zul Saad, Faizal ( Kana ) diatas usaha - usaha ini.
Insya-allah Ex-HM Mr.Arthur, Cikgu Mad Bakar ( Coach Team bolasepak Malaysia ke Olimpik Moscow ), Razak Mohaideen ( prodigal son of St.Mark School ) dijangka akan turut serta dalam event ini.
Walau apa - apa pun, kita berdoa dan berserah kepada Nya semoga event ini berjalan dengan lancar dan success.
"WAMAKARU WAMA KARULLAH WALLAH HU QHAIRUN MAKIRIN" :- manusia boleh merancang tetapi ketentuan Allah penentu segala - galanya.
Chow, adios jumpa pada hari Sabtu.
Subscribe to:
Posts (Atom)