Search This Blog

Thursday, May 13, 2010

BUKA MATA SEKEJAP KHASNYA KPD PEMINAT SETIA MAMAK KUTTY

Bro..DSAI masa jadi menteri kewangan budget Surplus 3 tahun berturut - turut... baca dan pahan bahagian 2 baik baik....
MAHATHIR MENGEMIS...... by Khalid Jaafar
Seorang pengunjung membuat ulasan berikut:kalau bukan kerana Mahathir dah lama dah Malaysia jadi macam Indonesia...kena minta sedekah dengan IMF. Kebenaran ini pun nak ditipu....Perkara yang dilakukan oleh Tun Mahathir membuatkan ramai orang menyesalkan kerana tak percayakan diri sendiri...Rakyat Malaysia berterima kasih kepada Mahathir keran menyelamatkan Malaysia dari menjadi peminta sedekah dan tali barut Amerika...Sekurang-kurangnya mereka yang dengki kat Mahathir ni pun ambil kesempatan dan jadi kaya-raya....itupun tak bersyukur...macam mana Azmin boleh hidup dengan senang sebelum jadi MP? Bisnes...bisnes apa? Minyak ? dengan siapa dia dapat kontrak? Syarikat amerika atau dari syarikat malaysia/petronas?menipu diri sendiri hanya memakan diri....
Ulasan seperti ini hanya datangnya dari mereka yang tidak menggunakan akal yang dikurniakan Allah. Faktanya adalah berikut:
1.Mahathir yang mengemis ingin dapat berjumpa dan bergambar dengan Bush. Dia membayar beberapa juta dollar kepada pelobi Jack Abromoff untuk menemui Bush. Abromoff kemudiannya di dakwa dan mengaku bersalah.
2.Malaysia terselamat dari tepaksa meminjam dari IMF bukan kerana Mahathir, tetapi kerana Anwar Ibrahim. Sebagai menteri kewangan Anwar mencipta rekod melakukan belanjawan surplus (surplus budget) tiga tahun berturut. Surplus inilah yang membolehkan Malaysia menghadapai krisis kewangan 1997. Jika Mahathir menjadi menteri kewangan Malaysia pasti akan mengalami nasib seperti Thailand, Indonesia dan Korea Selatan kerana nafsu beliau melaksanakan projek mega.
3.Jangan terlalu mudah menghentam IMF. Bayangkan dunia tanpa IMF. Baca sejarah penciptaan IMF dan Bank Dunia. Kedua institusi Breton Wood ini tidak sempurna, tetapi bayangkan dunia tanpa IMF, ianya seperti Malaysia tanpa Bank Negara. Tanpa IMF tidak ada global lender of last resort, sistem kewangan dunia akan hancur dan dunia akan mengalamai kemelesetan yang lebih dahsyat dari Kemelesetan Agong. Memang pedih menerima persyaratan atau conditionalities IMF. Seperti memakan obat yang pahit, tetapi tetap obat. Kalau tidak dimakan akan bertambah parah. Bila dimakan maka sembuh. Nah sekarang lihatlah ekonomi-ekonomi yang terpaksa menerima obat pahit dari IMF, Thailand (sebelum rampasan kuasa tentera), Indonesia dan lebih-lebih lagi Korea Selatan, betapa rancak ekonomi mereka. Malaysia kerana tidak terpaksa mengambil bantuan IMF tidak terpaksa melakukan reformasi, maka ekonomi Malaysia terus lembab.
4. Mahathir memang hebat, sungguh hebat! Begitu hebatnya beliau maka pendapatan per kapita rakyat Malaysia hari ini adalah 1/5 pendapat per kapita rakyat Singapura, dan 1/3 pendapat per kapita rakyat Korea Selatan.

No comments: