Search This Blog

Tuesday, May 4, 2010

KES AMINULRASYID DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI KES BUNUH : KARPAL SINGH

Nak tanya skit kat penyokong UmNo, mana hangpa pi dan buat bila timbul kes yang semacam ni? Malu lah skit kat Karpal Singh @ DAP .... dia ni bengali sikh. Bukan orang islam pun. Dia ni juga Presiden Parti DAP. TAPI DIA PERJUANGKAN DAN PERTAHANKAN NASIB ORANG MELAYU YANG MACAM KES AMINULRASYID NI.
Dulu Lim Guan Eng, pertahankan isu budak melayu bawah umur yg di rogol RTC. Siap masuk lokap lagi, hilang kelayakkan bertanding dipihanraya utk satu penggal.
Cikai punya UmNo
SHAH ALAM 4 Mei - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mengatakan kes remaja berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis di Shah Alam mempunyai prima facie atau bukti awal untuk diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Karpal yang dilantik sebagai peguam mewakili keluarga Aminulrasyid berkata berdasarkan keterangan saksi utama, Azzamuddin Omar, 14, kematian remaja tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 itu adalah jelas disebabkan tindakan polis yang menembaknya dari arah belakang.
"Kejadian ini bukannya sahaja tindakan terlampau polis malah ia telah menjurus kepada sesuatu yang amat tragis iaitu kematian seorang remaja. Daripada apa yang saya faham dan diberitahu kes in adalah jelas kes bunuh. Sudah tentu anggota polis yang terbabit mempunyai hak untuk memberi keterangan mereka mengenai kejadian ini dan mereka juga ada hak untuk didengari.
Beliau bercakap kepada media selepas melawat lokasi kejadian di Seksyen 11, Jalan Makyong bersama Azzamuddin yang memberi keterangan kepada Karpal apa yang sebenarnya berlaku pada 26 April lalu.Beliau yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP menjelaskan kes Aminulrasyid dianggap sebagai kes ujian berkaitan garispanduan mengenai keadaan dalam mana seseorang anggoita polis boleh melepaskan tembakan.
"Secara amnya anggota polis hanya dibenarkan melepaskan tembakan kepada suspek untuk mempertahankan diri atau nyawanya dalam bahaya. Ini disebut dalam Arahan Tetap Ketua Polis Negara tetapi malangnya semuanya diletak di bawah Akta Rasmi dan kami peguam tidak mempunyai akses kepadanya."Apabila kes ini ke mahkamah, hakim akan membuat keputusan dalam keadaan apa seseorang anggota polis itu dibenarkan melepaskan tembakan.
Dalam kes Aminulrasyid keadaannya adalah berbeza di mana lebih 20 das tembakan dilepaskan terhadap remaja itu," kata beliau lagi.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang mengatakan tindakan Azzamuddin memberi kenyataan semalam adalah tidak beretika, Karpal menyanggah bahawa apa yang dilakukan oleh saksi utama itu adalah demi kepentingan awam dan mendedahkan perkara yang sebenar."Kalau Ketua Polis Selangor kata itu tidak beretika saya pun boleh kata tindakan Ketua Polis Negara membuat kenyataan mempertahankan anggotanya juga adalah tidak beretika.
Lagipun tidak ada undang-undang yang menyekat saksi untuk bersuara."Malah adalah tindakan Ketua Polis Negara adalah salah kerana adalah amat tidak professional dan boleh menjejaskan proses penyiasatan yang sedang dijalankan," tegas Karpal.
Peguam terkenal itu berkata Azzamudin perlu memberi keterangan kerana banyak kenyataan pihak polis bercanggah dengan rentetan peristiwa yang berlaku."Satu versi kejadian yang dilaporkan ialah mangsa cuba memandu keretanya ke belakang untuk melanggar polis. Ini telah ditolak oleh keterangan saksi yang mengatakan perkara ini tidak berlaku kerana bagaimana ia boleh terjadi sekiranya kereta tersebut terbabas masuk parit?"Juga tembakan dari arah belakang yang mengenai kepala mangsa menunjukkan mangsa ditembak semasa kereta masih bergerak.
Oleh itu prima facie kes ini menunjukkan ia adalah kes bunuh," kata Karpal.Kata Karpal beliau akan menghanytar surat kepada Peguam Negara untuk mengetahui kedudukan kes dan untuk menggesa agar pertuduhan dibuat atas kes bunuh.(Suara Keadilan)

No comments: