Search This Blog

Tuesday, May 4, 2010

PENDEKAR JAWA II

Ada lagi.........

Pada 2 Januari 2007 saya menulis ini tetapi tidak saya kirimkan. Meskipun saya mendapat permintaan bertubi-tubi supaya babad ini saya tulis hingga habis dan saya telah tahu bagaimana untuk menutupnya tetapi hati saya berat untuk menjadikannya sebagai posting. Maka saya savekan sahaja. Nah ternyata masa untuk menutupnya sudah benar-benar tiba.

Saya akan memulai penutupan babad ini dengan satu wejangan pada gambar di sebelah yang saya tangkap dengan Nokia 3600 semalam. Lelaki dalam gambar ini yang kelihatan seperti Ho Chin Min memang seorang Vietnam, seorang intelektual dan seorang anti komunis. Thai adalah sumber saya kepada kehidupan awal Lai Teck di Vietnam sebagai sebagai seorang ejen periskan Perancis. Biar saya segarkan kembali ingatan kawan-kawan bahawa Lai Teck ejen Kampetei semasa Jepun menguasai Malaya dan Singapura dan juga ejen British yang menjadi menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya. Bagi orang kiri Lai Teck adalah pengkhianat agong. Namun bagi saya beliau adalah penyelamat agong, orang yang menyelamatkan Malaya dari jatuh ke tangan komunis, maka peranannya lebih besar dari yang dimainkan oleh C C Too. Apakah relevannya intelektual Vietnam ini pada pendekar Jawa kita? Thai adalah salah seorang mentor awal Ezam. "Kenapa Ezam keluar Keadilan?," tanya beliau tatkala kami menghirup kopi di Starbuck yang hanya beberapa langkah di sebelah kiri gambar ini. "Dia sudah tidak punya keyakinan terhadap perjuangan Keadilan," jawab saya rengkas.

Sekarang biar saya sambung dan kunci ketat-ketat babad ini. Lihat sebelah atas gambar itu betul-betul, nama hotel nampak jelas:"Orchard Parade Hotel." Di Singapura, lebih tepat di Orchard Road. Di hotel inilah bermulanya babad dan dengan gambar hotel ini saya akan mengakhirnya, mengakhirnya dengan menceritakan awal mula cerita. Hanya tiga orang yang tahu kisah ini, sang pendekar, sang penulis, dan sang ketiga telah meninggal dunia-- Datuk Nasaruddin Abdul Jalil (Nasa).

Anwar Ibrahim telah dibawa ke mahkamah, dan matanya lebam. Seluruh dunia menjerit. Tetapi siapa yang memukulnya? Tidak siapa yang berani menyebutnya, bahkan ramai tidak berani mengesyakkinya. Semasa Anwar menjadi timbalan perdana menteri tim keselamatannya adalah terdiri dari anggota UTK, dan seorang pengawal peribadi Nasa adalah bekas UTK. Dari mereka Datuk Nasaruddin mendapat maklumat bahawa orang yang memukulnya adalah Tan Sri Rahim Nor. Dan Nasa telah mengetahui, dan dia memberi tahu saya, bahawa bos kami telah dipukul sehari selepas kejadian itu berlaku.

Gambar mata lebam kami lihat di hotel Orchard Parade dan kami bertiga berbincang. "Kita mesti beritahu dunia yang memukulnya adalah IGP," kata saya. "Kita di luar negeri, kita boleh lakukan, kawan-kawan dalam negeri tak boleh lakukan, bahaya," hujah saya lagi. "Setuju, kau tulis statement," kata Nasa. "Aku boleh tulis, tapi Ezam kena sain, sebab dia setiausaha politik," kata saya. "Setuju, Ezam sain," kata Nasa. Kami bersurai dan bertemu kembali bila kenyataan selesai saya derafkan. Nasa membacanya dan sambil itu saya mengulas lagi."Kena keras, tak boleh lembut. Kalau lembut mereka tak akan siar. Kalau mereka tidak siarkan mereka terpaksa nafikan, jadi orang tahu ada tuduhan IGP membelasah bekas TPM." "OK," kata Nasa, "Ezam, kau sain." Ezam tidak mahu menandatanginya, tidak dengan serta merta. Dia minta masa untuk menelitinya. Selepas 24 jam dia menandatanganinya dan kenyataan itu kami faxkan kesemua media. Seperti yang saya jangkakan tidak ada akhbar yang melaporkannya. Tetapi A Kadir Jasin kemudiannya mengluaskan dengan menyindir Ezam dalam kolumnya "Other Thots". Mulalah Ezam dibalun kiri dan kanan, maka lahirlah seorang pendekar. Tetapi pendekar yang baru lahir itu, ini beliau beritahu saya lama sesudah itu, lemah longlai tidak bermaya. Mengapa? Dia tahu akibat menandatangi kenyataan yang saya tuliskan. Dia akan disingkirkan dari Umno, itu baginya adalah satu mala petaka yang maha dahsyat.

Yusmadi, peguam Ezam semasa di bawah ISA dan kini ahli parlimen Balik Pulau, memberitahu saya Ezam pernah menulis surat kepada Abdullah Badawi dari dalam penjara Kajang. Dan dari beberapa sumber lain saya membuat kesimpulan Ezam telah di'turn over' semasa di Kamunting. Selepas di bebaskan dari ISA Ezam tidak aktif dan tidak sama sekali berada dalam satu platform dengan bekas-bekas tahanan ISA. Ini saya kira adalah janji beliau dengan pegawai-pegawai yang melakukan turning over terhadap beliau.
Kemudian dia melakukan banyak kontak dengan pemimpin-pemimpin Umno, termasuk dengan Khir Toyo yang ketika itu menteri besar Selangor. Dan dia mula berbangga-bangga dengan kontaknya dengan pemimpin-pemimpin Umno. Suatu hari dia memberitahu saya kata-kata seorang Umno: "Ezam, kau cepatlah masuk Umno, aku dah tak tahan melihat kebahlulan yang ada dalam Umno sekarang."
Wah Ezam bukan main terkesan dengan pujian tersebut. Bila berlaku siri tindakannya, meletak jawatan dari ketua AMK dan lain-lain saya telah yakin bahawa dia membina jambatan untuk kembali kepada Umno. Tetapi Ezam juga melakukan diversion, mengingat jalinan dengan pemimpin-pemimpin tertentu Pas dan melontar khabar-khabara angin akan menyertai Pas. Dan ada pemimpin Pas yang termakan dengan diversion tersebut.

Walhasil Ezam telah kembali ke zaman pra-peristiwa Orchard Parade Hotel. Maka tamatlah kisahnya sebagai pendekar Jawa. Selepas ini kita akan menyaksikan Ezam sebagai Lu Bu. Saya sudah sarankan supaya membaca San Guo Yan Yik. Kalau masih belum membacanya maka tidak akan faham. Pagi tadi saya memanggil Liau Kok Fah, bila dia mengangkat panggil dia terus bertanya:"Bagaimana dengan kawan awak?""Satu tahun dahulu saya sudah katakan dia Lu Bu, kau tak mahu percaya,"jawab saya."Betul apa yang awak katakan, dia memang Lu Bu, sekarang saya percaya," tambah Liau.

Bagi Ezam segala-galanya adalah politik. Dia tidak pernah mengerti apa itu reformasi. Ezam memasuki semula Umno tatkala Mahathir keluar. Hakikatnya adalah beliau adalah jelmaan muda kepada Mahathir. Pada umur yang agak muda Ezam telah menjadi sifu, sifu politik adu domba, meastro of factional politics. Nasib baik ramai yang jujur dan tak suka adu domba dalam Keadilan maka dia tidak ramai yang mahu menari menurut gendangnya. Dalam Umno memang ramai yang suka menari tarian perpecahan.
Inilah telahan: Ezam masuk melalui saluran Khairy dan diterima oleh Badawi. Tetapi dia tidak akan mahu menari dengan tarian Badawi-Khairy sepenuhnya. Dia juga akan menghantar orangnya membawa pesan kepada Najib, kepada Mukriz, kepada Hishamudian. Badawi-Khairy memerlukan Ezam pada saat lemah mereka, tetapi kalau kubu lain boleh menawarkan kemajuan politik kepadanya dalam Umno dan kemajuan itu memerlukan dia membawa kepala-kepala Badawi-Khairy kepada Najib, atau Muhyiddin atau Hishamudin, dia akan lakukan. Dua ribu tahun yang lalu bukankah ini yang dilakukan oleh Ezam sebagai Lu Bu? Sudah saya katakan baca San Guo

No comments: